My Hand Writing
Dashboard | +Follow
Awak,maafkan saya ! (i)
Monday 9 July 2012 • 09:58 • 0 comments



Zizie mematikan enjin keretanya betul-betul di hadapan rumah Azman."Adakah betul apa yang aku lakukan ini ?"bisik hati Zizie.

"Assalamualaikum ! , assalamualaikum ! , assalamualaikum ! Ada orang tak ? Assalamualaikum !" Zizie mencuba memastikan ada orang di rumah tersebut.Tetiba ada seorang perempuan tua berumur lebih kurang 60-an berbaju kurung biru kehijauan berkain batik keluar dan menyahut salam dari Zizie dan Zizie kenal sungguh dengan perempuan tua itu,itu adalah ibu kepada Azman.Ibu Azman berlari-lari anak mendapatkan Zizie sambil  menunggu pintu pagar automatik sedang membuka di rumah teres berkembar dua tingkat itu.

Selepas pintu pagar terbuka , Zizie terus menyambut tangan perempuan tua dan mencium tangannya yang dia sudah menganggap seperti ibu kandungnya sendiri.Lalu ibu Azman menjemput Zizie masuk kerumahnya sambil berpelukan seperti ibu dan anak yang telah lama terpisah.

Pn.Salmah : Lamanya Zie tak datang rumah ummi , rindunya ummi kat Zie.

Zizie : Sibuk sikit ummi dengan butik cawangan baru kat KLCC dan Ipoh.Tak menang tangan Zie dibuatnya.Ini pun mama dah bising lama Zie tak balik kampung.Sambil tersenyum dan ketawa kecil.

Pn.Salmah : Wah ! Dah buka cawangan.Kiranya besar la nya perniagaan Zie ni.Nanti boleh la ummi tempah Jubah dekat Zie untuk ummi pergi Mekah.Sambil menuangkan air teh o ke dalam cawan dan diberikan kepada tetamunya.

Zizie : Boleh ummi.No problem.Anything for you and Zie bagi discount dekat ummi.Sambil ketawa.Ummi,Zie nak tanya satu soalan boleh ?

Pn.Salmah : About my son right ?

Zizie : Yes,dia ada kat rumah tak ummi ?

Belum sempat Pn.Salmah menjawab soalan Zizie,kedengaran bunyi enjin kereta di matikan dari luar rumah di halaman tempat letak kereta rumah itu.Kelihatan seorang lelaki berkulit sawa matang , tinggi ,berpakaian kemeja hitam dan seluar slack hitam bersama tongkat turun dari kereta Perdana berwana putih bersama seorang perempuan berkulit cerah, berumur 18 tahun,tinggi ,berbadan langsing dan berbaju kurung moden dengan corak polka dot merah jambu.Azman dan adik perempuannya yang bernama Azza.

"Abang,ada kereta kak Zie la depan rumah kita." beritahu Azza kepada Azman.Azman amat terkejut kerana Zizie pastinya ada di rumahnya dan terdetik di hati Azman suatu kegembiraan yang sukar digambarkan dan juga kerinduan yang amat sangat kepada bekas kekasih yang pernah dia tinggalkan disebabkan perempuan lain.Akan tetapi timbul satu perasaan sedih bercampur menyesal dan bersalah kerana dia tidak lagi dapat melihat bekas kekasih yang amat meyayanginya dulu dan juga dia malu akan tindakannya kepada bekas kekasihnya pada beberapa bulan yang lepas.

"Abang,kak Zie ada didalam.Wah ! seronoknya kak Zie datang ke rumah."kata Azza sambil memimpin tangan abang kesayangannya ke dalam rumah dengan hati yang sangat gembira kerana dapat bertemu dengan dulu yang bakal jadi kakak iparnya.Azman hanya diam seribu bahasa tetapi jauh di lubuk hatinya tersimpan satu perasaan yang sangat gembira

"Assalamualaikum,ummi kami dah pulang.Akak pun ada,Azza dah agak akak ada sebab Azza nampak kereta akak kat luar.Akak sihat ? Kenapa akak lama tak datang ?" Begitu peragai Azza seorang yang bermulut becok dan periang.

Ibunya mencelah pertanyaan Azza sebelum sempat Zizie menjawab persoalan Azza. "Kak Zie awak ini sekarang dah sibuk dengan pembukaan cawangan baru butik milik dia ,kak Zie awak ini bukan kak Zie seperti dulu ,sekarang dah lain,makin cantik,matang ,bekerjaya.........."

"Awak datang ke sini ada hajat apa ?" celah Azman sebelum ibunya menghabiskan percakapannya.

"Se..se..." percakapan Zizie tergagap untuk menjawab persoalan Azman.

"Berbual la dulu,ummi nak ke dapur masak,jom Azza tolong ummi." Pn.Salmah bersuara sambil mengajak dan menarik tangan Azza yang sedang enak menikmati karipap yang disediakan buat tetamu mereka.Akan tetapi Azza se akan tidak mengerti maksud ibunya untuk meninggalkan Azman dan Zizie untuk membincangkan atau mungkin lebih baik memperbaik hubungan mereka.Tapi akhirnya Azza mengerti maksud ibunya selepas ibunya mengeyit mata kepada Azza sambil membuat mimik muka dan gerakan bibir.

Azman : Boleh saya tanya,apa sebenarnya hajat awak datand ke rumah saya selepas sekian lama tidak bertandang ke sini ?

Zizie : Se..se..sebenarnya saya datang untuk bertemu dengan ummi untuk memberitahu ummi mengenai cawangan baru yang baru sahaja buka di KLCC dan Ipoh.

Azman : Tapi hal itu,boleh sahaja awak beritahu melalui telefon.

Zizie terdiam.Zizie seperti hilang punca dan tujuan sebenarnya datang bertandang ke  rumah Azman.

Azman : Awak dah jumpa pengganti baru ?

Zizie membulat mata kerana terkejut dengan pertanyaan Azman itu.Zizie masih terdiam

Azman : Hello ! Anyone here ?

Azman menguatkan sedikit nada suaranya kerana pertanyaan dia tidak dijawab oleh Zizie.Sementara itu Zizie cuba menahan kesedihan melihat keadaan Azman.

Azman : Siti Nur Azlina Nazihah bt Muhamad Iskandar.Can u hear me ? Please answer my question.

Zizie : Awak,saya tak boleh mencintai dan menyayangi orang lain selain awak.Hanya awak sahaja yang saya cinta dan sayang sampai helaan saya yang terakhir.Tidak mungkin saya ada pengganti di hati saya kerana hanya awak seorang yang layak di hati bukan orang lain.

Zizie menjawab pertanyaa Azman dengan nada suara yang serak-serak basah kerana Zizie mencuba tidak menangis.

Azman : Awak tak boleh mencintai dan menyayangi seorang lelaki seperti saya.Kerana saya telah meyebabkan awak terluka dan disebabkan saya awak menangis.Dan lelaki seperti saya tak layak untuk wanita sebaik awak.Saya dah sia-siakan peluang saya untuk memiliki awak dengan memutuskan hubungan kita seminggu sebelum hari pertunangan kita hanya untuk bersama perempuan lain.Dan satu lagi saya seorang yang cacat,saya buta ! Saya tak layak untuk awak.

Zizie : Muhamad Azman Danial bin Dato' Fakrul , saya tak kisah siapa pun awak kerana saya mencintai awak sepenuh hati saya dan saya menerima awak apa adanya awak.Saya tak kisah siapa pun awak.Apa yang saya tahu saya mencintai dan menyayangi seorang hamba Allah yang bernama Azman yang saya kenal sangat sejak 3 tahun lalu.Awak ingat tak masa kita di universiti sebelum kita bercinta,awak beritahu saya awak hanya seorang anak penoreh getah adakah saya tak dapat terima awak sebagai kawan pada masa itu ?

Azman : Tapi.....

Zizie : Awak,masa kita bercinta saya tak kisah siapa pun keluarga awak.Saya terima seadanya awak dan awak beritahu saya awak ada penyakit kulit yang teruk untuk menguji saya terima awak atau tidak walaupun itu hanya pembohongan tetapi saya dapat terima awak seadanya.Awak,saya harap awak tak keberatan untuk menerima saya kembali dan meneruskan pertunangan kita?

Azman : Cukup ! Saya tak nak awak malu untuk bersuami yang buta seperti saya.Saya tak dapat berbuat apa-apa untuk awak ,saya hanyalah dapat menyusahkan awak sahaja nanti.Lagi pula saya telah menyakitkan hati awak dan tinggalkan awak,kenapa awak masih nak bersuamikan saya ? Nak bersama saya ?

Zizie : Satu sahaja jawapan saya , saya mencintai awak kerana Allah dan kerana awak jodoh yang telah ditetapka oleh Allah buat saya.Allah telah bagi petunjuk buat saya selepas saya mengetahui awak dan Salina sudah putus dan juga semasa setiap saya bersujud pada-Nya wajah awak muncul dalam sujud saya.Disebabkan itu saya yakin awak jodoh yang Allah tetapkan.Saya terima awak seadannya walaupun awak buta.

*Apakah jawapan Azman ?
*Kenapa Azman buta ?


nanti sambungannya untuk post yg seterusnya..

#time to study for my quiz :)

Labels:


Cik Gayah


Welcome to Fantasy.My name is Ieyta Razak , I'm exist 20 years old ,I'm student Diploma in Tourism Management under UiTM , I'm already taken -Burung Biru (Twitter)
sweet cute happening evil

Sweetie Girl
Stuff
Talk and Comment here !



Gratisan Musik"

Past Memory



Credits


Template By: Nurul Afiqah
Big helped: Aulia Septiya
Edited: Ieyta Razak